Latar Belakang

  • Kemuncak Seni adalah merupakan satu projek akhir yang wajib dilaksanakan oleh semua pelajar Program Pendidikan Muzik sebagai syarat untuk bergraduan. Persembahan ini juga dianjurkan di bawah Jabatan Muzik, Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

  • Persembahan ini juga berkonsepkan konsert muzikal yang akan menonjolkan bakat dan kebolehan setiap pelajar muzik, hasil daripada proses pembelajaran selama 4 tahun mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dengan Kepujian.

  • Penilaian daripada persembahan ini bukan sahaja dari segi bakat malah konsert ini adalah salah satu usaha bagi menonjolkan kebolehan, kemampuan, dan kecekapan bakal pendidik bidang muzik dalam mengendalikan projek seperti pembentukan jawatankuasa, pelaksanaan dan hasil konsert yang dipersembahkan.

  • Konsert yang dijalankan ini juga dapat melahirkan bakal pendidik yang mempunyai kebolehan dalam bermain alat muzik, mencipta lagu, menggubah lagu dan mencintai muzik.