Tema

Kemuncak Seni 2011 dibuat berdasarkan tema ‘Magical World Of Music’ yang berkonsepkan ”Exploring Music Through Children Mind” , disini kami cuba untuk menerokai dunia kanak-kanak.

.:Definisi Magical World of Music:. 

Kamus Dewan Edisi Kelima mendefinisikan ”Magical” sebagai keajaiban dalam sesuatu dan ” World Of Music ” sebagai dunia dalam muzik dan apabila digabungkan menjadi satu maksud yang kami ertikannya iaitu ”Keajaiban Dalam Dunia Muzik”.

.:Kenapa Magical World Of Music:.

Perkataan Magical World Of Music ini dipilih atas sebab-sebab yang tertentu dan berkait rapat dengan aspek semulajadi setiap manusia yang mempunyai zaman kanak-kanak serta memiliki sejarah atau ceritanya yang tersendiri . Tema dan perkataan Magical World Of Music dipilih berdasarkan gabungan perkataan Magical dan World Of Music. Tema ini dipilih kerana kami ingin cuba mengeksplorasikan muzik melalui minda kanak-kanak selari dengan konsep Kemuncak Seni iaitu Exploring Music Through Children Mind. Disini kami telah memilih untuk menjadikan kehidupan dan dunia kanak-kanak sebagai segmen-segmen dalam persembahan kami nanti. Kami akan cuba untuk menerapkan unsur magis yang boleh dilihat dari sudut pandangan tersirat dan tersurat. Dari sudut pandangan tersirat, unsur magis yang ditonjolkan adalah melalui kesan-kesan muzik yang diterima oleh penonton kelak dari sudut nilai-nilainya. Dalam tema kami ini, kami ingin menonjol dan mempersembahkan kepada penonton dan masyarakat betapa dan bahawa muzik boleh memberi kesan kepada kehidupan kanak-kanak ini. Dalam setiap persembahan kami, kami akan memperlihatkan nilai-nilai murni dan kesan muzik kepada kehidupan kanak-kanak ini. Nilai-nilai yang positif akan dapat dilihat dalam setiap persembahan kami dalam setiap segmen. Seperti yang kita ketahui terdapat golongan yang telah meninggalkan dan tidak memahami alam kanak-kanak ini, mula melupakan asal usul kehidupan mereka yang penuh dengan aspek-aspek muzikal. Selain itu, ada juga yang menganggap muzik ini tidak mempunyai nilai-nilai yang baik dalam kehidupan kanak-kanak. Dari sudut pandangan tersurat pula, unsur magis yang akan diterapkan adalah melalui nilai-nilai artistik semasa persembahan nanti. Apa yang boleh dilihat ialah dari sudut pentas dan konsep persembahan yang ala-ala Magical World Of Disney. Justeru itu dalam persembahan Kemuncak Seni kali kali ini, kami akan menonjolkan kepada penonton bagaimana muzik ini boleh memberi kesan seumpama ’magis’ dalam kehidupan kanak-kanak selari dengan tema kami.

.:Nilai Pendidikan:.

Dari sudut pandangan tersirat, unsur magis yang ditonjolkan adalah melalui kesan-kesan muzik yang diterima oleh penonton kelak dari sudut nilai-nilainya. Dalam tema ini, menonjolkan dan mempersembahkan kepada penonton dan masyarakat betapa muzik boleh memberi kesan kepada kehidupan kanak-kanak ini. Dalam setiap persembahan akan memperlihatkan nilai-nilai murni dan kesan muzik kepada kehidupan kanak-kanak ini. Nilai-nilai yang positif dapat dilihat dalam setiap persembahan dalam setipa segmen.